Wednesday, 22 October 2014

PIE CRUST/PIE SHELL

ASSALAMU'ALAIKUM...

Alhamdulillah selesai sudah menyambut kedatangan tetamu istimewa di rumah semalam...xsangka 1st time try n menjadi uollss menu beef lasagna, n doble choco pie....hehe

so, rasanya nk share la kt sini resipi pie crust yg simple n hanya 10 mnit diperlukan...serius..


BAHAN-BAHAN 'crust':

1 cup     tepung gandum/all purpose flour
1/2 cup       butter/margerin (salted)
4 tbsp       air ais

(3 bahan je ...mudah kan..)

BAHAN-BAHAN 'choco' :

1 cup     chocolate coin/ compound
200ml    whipping cream + 200gm dark cooking choc = gahnace


CARA-CARA :

  1. Masukkan tepung ke dalam food processor.
  2. Diikuti dengan butter sejuk (dari dalam fridge terus ke dlm processor).
  3. 'Pulse' hingga sebati (15 saat je)
  4. Masukkan air sejuk ke dalam processor dan 'pulse' lagi hingga jadi doh
DOBLE CHOCO PIE

Doh yang telah siap

tabur tepung di atas parchment paper/meja dan letakkn doh. Gelek doh hingga mendapat ketebalan yang anda ingini.

Gulung doh pada penggelek untuk memudahkan diangkat

Doh yang digulung tadi mestilah ditabur sedikit tepung

Letakkan doh perlahan2 agar tidak terkoyak pada tin/acuan

Tekan tepi-tepi tin untuk mendapat lekuk yang sekata dan dasar doh juga ditekan perlahan.

Dengan meggunakan penggelek, lalukan diatas tin untuk membuang lebihan doh atau anda boleh menggunakan pisau

Dengan menggunakan garfu, cucuk dasar doh (untuk mengeluarkan angin)

Sebelum dibakar, letakkan kacang hijau/kekacang di atas doh yang dilapik dengan baking sheet(supaya doh tidak kembung).Bakar (blind baking) selama 20-25 minit pada suhu 180 darjah.

Jika ada acuan tartlet, boleh juga ditekan2 dengan jari untuk membentuk crust.Bakar (blind baking) selama 5 minit atau hingga masak kekuningan.



p/s topping pie boleh ikut kehendak anda ;)
kalau topping yang pedas sangat sesuai untuk crust jenis ini.

* gahnace = sejenis topping yang sesuai untuk kek/pie/cupcake.Berasal dari French
* blind baking = bakar tanpa inti


SELAMAT MENCUBA!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dari Oven Yana Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah